Saturday 19 December 2015

Assalamualaikum,
Dah lama Chik Lela sambung mengupdate blog 'Meja pasar malam ni'. Hari ni nak cerita straight to the point pasal 1 produk.

BEDAK BUTAE
Awalnya Chik Lela jual bedak Butae putih kerana test bedak atas tangan.....smooth sailing, licin, tutup pori, lekat atas permukaan kulit, macam berkrim, macam ada mild foundation. So.....bila satu hari display atas meja, customer yang kaki berinternet kata "Eh....bedak ni ada kat internet lah. Berapa ringgit Chik Lela?". Bila dia dah dengar harga, terus mereka berempat beli. Dalam hati, aku jual, bukan pasal famous kat internet, tapi pasal mula2 kenal Butae dah fall in love pasal kualiti long lasting. Bak kata customer Indon 'Ooh...bedaknya tak lepas." Meaning, tahan lama atas kulit muka. Smooth mcm pakai mild foundation. Hilangkan kilat pada muka berminyak.

Ciri2 Bedak Butae putih.
  • Sapuan bedak licin atas kulit
  • Tutup pori & cela di wajah
  • Tahan lama di wajah
  • Finishing seolah-olah ada lapisan mild foundation
  • Hilangkan kilat pada muka yang berminyak
  • Warna yang sepadan untuk kulit Asia, ada No. 1, 2, 3. (3 sesuai bagi yg gelap)
  • Kelihatan Natural selepas dibedak
  • Bekas yang ringan, mudah dibawa ke mana2.
  • Terkenal di negara Thai dikalangan artis2 mereka
  • PALING PENTING, HARGA yang sangat,sangat NGAM dengan ekonomi sekarang ni.
  • RM 10.00 aje / set.  Kalau tak boleh collect di pasar malam, apa lagi...kena pos lah. Courier RM 7.00 untuk Semenanjung.


  • Jom TRY seorang 1 bedak.

Friday 16 October 2015

Assalamualaikum, Hello, Saukiama, Namaste, Kumusta,

To all my dearest customers, adik-adik, anak-anak yang disayangi. This time Lelasabun nak berblogging nak rapatkan silaturahim dengan customer-customer.... terutamanya yang masih muda-muda. Maklumlah yang sebaya dengan Lelasabun majoritinya kurang surf internet kecuali FB kan .

Hari ni kita cerita-ceritalah pasal, Berniaga itu lebih baik dari Makan Gaji. OK GITU ! Samada niaga kecil-kecilan , sederhana ke memang lebih baik. Niaga yang besar-besar tu dah tentu lebih,lebihlah baiknya. Tapi sebelum besar mesti dari kecil-kecil dulukan. Lagi satu untuk dari niaga kecil nak menjadi besar pun semuanya dengan izin Allah.  Yang PENTING, CUBA DULU. 

Bukan kata makan gaji tu tak bagus. Kalau semua berniaga, siapa pulak nak jadi pembeli kan.... Tapi boleh, Mak Wan jual Nasi Lemak, Mamat niaga workshop, Julia jual baju tudung, Siti niaga travel Agency, Khairul pengimport kerongsang, Mek pengimport telekung.......etc etc lagilah. Jadi kita beli barang2 sesama sendirilah. Nampak tak jalinan perniagaan boleh melengkapkan keperluan masyarakat setempat.

Tapi kalau semua niaga siapa pula nak kerja di pejabat2, kilang2 sebagai managerlah, keranilah, operatorlah, cleanerlah, security guardlah....pendek cerita kita kajilah diri kita macam kemahiran kita , bakat, kebolehan, kemampuan fizikal, minat, boleh juga baca keserasian kita dari ilmu metafizik tarikh lahir. Modal wang ringgit tu kadang2 boleh bermula dengan RM200 aje, selebihnya ilmu dan tenaga. Yang penting KEMAHUAN & KEPERLUAN & JANGAN TAKUT GAGAL.

Kadangkala ada orang mula berniaga kerana warisan keluarga (beruntunglah yg sebegitu), ada yang kerana merancang pasal nak kaya, ada yang nak time freedom tak terikat dengan punch card , ada yang kerana dah bosan banyak pressure dengan tempat kerja, ada yang nak status, ada yang tak mahu dikotak-katekkan oleh majikan yang tak ikut Labour Law, ada yang fikir sekolahnya tak tinggi jadi dengan niaga aje boleh dapat income lebih  dan  ada yang niaga kerana TIADA PILIHAN, pendeknya macam lagu Francessca Peter KERNA TERPAKSA. Rasanya siapa yang dapat laluan hidup BERNIAGA kerana terpaksa ni, seronok sikit, pasal hujan ke panas ke, hari2 duit masuk atau tak pun dia akan stay tabah. Contoh2 orang terpaksa pilih profession berniaga tu, bila dia ada cacat fizikal sikit, bila kena jaga keluarga yang sakit, bila dia sedar yang tak ada orang nak employ dia pasal tak ada ic atau bila warga tua yang anak2nya tak boleh hulur sesen pun untuk teruskan kehidupan, bila dia berpengalaman tapi majikan asyik nak bayar bawah RM 2000 aje (ini kes nak pakai tenaga dan kemahiran tapi konon2 ekonomi gawat) dan macam2 lagilah.

Dalam zaman-zaman sekarang ni kalau nak makan gaji lepas graduate, jadilah yang lain dari lain. Bidang kedoktoran masih banyak diperlukan, graduate business studies pun jadi kerani, grad accountancy pun kerani juga, apa2 pun jawatan kerani juga yang banyak vacancy. Jadilah, yang pelik2 sikit, porcelain artist ke, translator ke, importer apa2 lah, jewellery designer ke, shop display furniture designer, meteorologist, biologist ke, zoologist, biotechnologist, apa yang ber 'gist' . Pendek kata buat sampai jadi specialist. Bagi yang kurang menonjol dalam academic, berniaga lah, berniagalah walaupun mula2 dapat tak banyak tak cukup makan, tapi kena sabar banyak, InsyaAllah slowly akan nampak way...... Stairway To Heaven (jgn salah tanggap, ini tajuk drama version Korea & Tagalog Philippine).


Bila sudah ada perasaan nak berniaga:-

Step PERTAMA...Belajar buang rasa MALU...
Kalau ada kemahuan tapi MASIH MALU, itu yang terbantut nak mula belajar niaga kecil2. Sebab itu kadang2 bila pocket betul2 dah kosong rasa malu nak berniaga hilang atau rasa nak meminjam tu timbul. Pilih nak mana......malu nak niaga hilang atau rasa nak meminjam datang.  KALAU MALU NIAGA HILANG, duit masuk. KALAU RASA PINJAM DATANG, hutang kita bertambah. Pilih, pilih, pilih, lelong lelong lelong ...MOTIVASI percuma aje tak ada yuran kaunseling ni.

Tempat kos rendah untuk belajar TAK MALU BERNIAGA, TAK MALU BERHADAP ORANG RAMAI, rasanya di pasar malam, pasar pagi, pasar bazar karat. Kerja sementara edar flyer di shopping mall pun boleh train kita tak 'gayat' denganlh orang awam.

Bila sudah niat cari rezeki untuk komitmen pada keluarga, dah tak timbul
soal rasa malu jika terserempak dengan jiran sekampung, diketahui  ex-girlfriend ke, dilihat guru kelas atau sesiapa. Kita perlu proud pada diri sendiri kerana BERANI mencuba.
Tak perlulah rasa rendah diri, walau ramai orang masih memandang rendah dengan perniagaan pasar malam, pasar pagi, pasar tani. Ramai yang beranggapan yang barang2 dijual di pasar malam tu, berkualiti rendah. Semuanya bergantung kepada owner of the business, samada nak bawa masuk kualiti plastik atau kualiti permata. Tentang business concept , boleh rujuk lain2 blog atau buku yang lebih mahir bab2 concept. Google2 lah dari internet or kedai buku.

STEP KEDUA......REDAH, REMPUH aje.....
Tak payah tunggu sempurna. Tak payah ada khemahlah, lesenlah,  van lah, alas meja lah, handphone canggih ke....tapi lampu kena adalah.

Cubalah market orang bandar, market penduduk kampung, market pekerja asing, pasaran taman perumahan, penduduk flat. Semua suasana tak sama minatnya.

Bila dah selalu tonjolkan muka di pasar malam or pasar pagi, lama2 perasaan malu tu akan berkurang......kurang.....kurang......slowly idea2 untuk penambahbaikan business akan datang naturally. Masa tu barulah fikir, nak teruskan niaga produk apa?, nak target pasaran yang macam mana ?, di pasar malam pasar pagi or nak niaga thru internet or nak sewa kiosk or sewa kedai or pasang agen.

Teori selebihnya banyakkan membaca buku2 bertema self confidence, body language, mengikuti kursus2 perniagaan atau apa2 yang boleh improvise perniagaan kita.

Tengoklah adik dlm foto bawah ni, relax aje memerhati sekeliling. Dalam diam2 tu sebenarnya minda bawah sedar (subconcious mind)  dia sedang memproses data.

JADI PENTINGNYA TIDAK HARUS RASA RENDAH DIRI & TEMPOH SAJA APA2 SITUASI YANG BAKAL DATANG.




Bagus, adik ni, kecil2 lagi dah training 'Buang Malu' berniaga.